Saya Zack Ahmad, Perunding Hartanah Berdaftar (REN 36121) yang membantu pemilik menjual rumah di Sungai Buloh dan sekitar Lembah Klang. Pejabat saya di Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, jadi Bandar Baru Sungai Buloh, Bukit Rahman Putra, Kwasa Damansara dan kawasan sekitarnya memang dekat dengan saya. Matlamat saya: rumah anda terjual cepat pada harga yang munasabah, dan pembeli rasa berbaloi. Menang-menang untuk kedua-dua pihak.

Sebagai perunding hartanah, saya bekerja untuk pemilik rumah. Tetapi jualan hanya berlaku bila pembeli juga yakin harganya berbaloi. Sebab itu matlamat utama saya ialah harga yang munasabah dan diterima kedua-dua pihak: pemilik mendapat nilai yang wajar untuk rumahnya, dan pembeli membeli pada harga yang selari dengan pasaran.
Harga yang terlalu tinggi membuatkan rumah lambat terjual. Harga yang terlalu rendah pula merugikan pemilik. Tugas saya ialah mencari titik tengah itu berdasarkan data, bukan agakan.
Sebaik sahaja saya dilantik untuk menjual rumah anda, perkara pertama yang saya buat ialah menganalisa trend harga. Ada dua angka yang perlu difahami sebelum harga jualan ditetapkan:
Anggaran nilaian bank bagi rumah serupa di taman yang sama. Angka ini penting kerana pinjaman pembeli dikira berdasarkan nilaian bank. Jika harga jualan jauh melebihi nilaian, pembeli perlu menambah wang tunai sendiri, dan bilangan pembeli yang layak menjadi kecil.
Harga yang pembeli sanggup bayar sekarang, berdasarkan transaksi terkini dan rumah serupa yang sedang dijual di Sungai Buloh dan sekitarnya. Inilah 'pesaing' rumah anda di mata pembeli.
Dari kedua-dua angka ini, saya cadangkan harga jualan yang kompetitif, dengan ruang rundingan yang munasabah, supaya rumah anda menarik minat pembeli yang betul dari minggu pertama.
Bila banyak rumah serupa sedang dijual di Sungai Buloh dan kawasan sekitar, pembeli ada banyak pilihan. Dalam pasaran seperti ini, harga yang ditetapkan pada minggu-minggu pertama menentukan sama ada rumah anda dilihat atau dilangkau.
Rumah yang terlalu lama di pasaran mula dipandang serong: pembeli tertanya-tanya apa masalahnya. Harga yang betul dari awal mengelakkan rumah 'basi' dan pusingan turun harga berulang kali.
Iklan menarik pertanyaan yang lebih serius bila harganya kompetitif. Setiap ringgit dan setiap minit pemasaran memberi hasil, bukan sekadar 'like'.
Pembeli yang sesuai dengan harga biasanya layak pinjaman. Lebih sedikit tawaran yang gagal, lebih sedikit lawatan sia-sia, dan urusan sampai ke perjanjian jual beli dengan lebih lancar.
Tiada listing aktif di Sungai Buloh buat masa ini. WhatsApp Zack, saya bantu carikan →
Mencari rumah di Sungai Buloh? Saya bantu senarai pendek ikut bajet, terangkan nilaian bank dan kelayakan pinjaman (termasuk LPPSA), dan pastikan harga yang anda bayar selari dengan pasaran.
Sungai Buloh terletak di utara Daerah Petaling, kira-kira 16 km ke barat laut pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasannya ditadbir oleh beberapa pihak berkuasa: MBSA bagi Bandar Baru Sungai Buloh, Bukit Rahman Putra dan Kwasa Damansara; MBPJ bagi Kampung Selamat, Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai; serta MPS bagi kawasan seperti Sierramas dan Valencia.
Kebanyakan kejiranannya berpagar dan berpengawal. Stesen Sungai Buloh yang menggabungkan KTM Komuter dan MRT Laluan Putrajaya, serta Hospital Sungai Buloh, menjadikan kawasan ini pilihan keluarga dan pekerja sektor kesihatan.
Bergantung pada harga, lokasi taman, keadaan rumah dan bilangan rumah serupa yang sedang dijual. Faktor terbesar ialah harga: rumah yang diletakkan pada harga kompetitif dari awal biasanya mendapat pertanyaan serius dengan lebih cepat.
Kerana pinjaman pembeli dikira berdasarkan nilaian bank. Jika harga jauh melebihi nilaian, pembeli perlu menambah wang tunai sendiri, dan ramai bakal pembeli tidak layak.
Boleh. Baki pinjaman biasanya diselesaikan daripada hasil jualan melalui peguam semasa proses jual beli. Saya akan terangkan langkahnya semasa perbincangan awal.
Yuran tertakluk kepada skala yuran LPPEH dan dipersetujui secara bertulis sebelum pemasaran bermula.
Hanya individu yang berdaftar dengan LPPEH dibenarkan menjalankan urusan ejen hartanah di Malaysia. Perunding berdaftar terikat dengan etika dan peraturan lembaga.